Mesyuarat Unit Peladang Kampung Quop

6 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Mesyuarat unit peladang kampung Quop telah diadakan di NADI Kg Quop pada 05 Mei 2024 bersamaan hari ahad yang bermula pada pukul 1400 sehingga 1700. Mesyuarat tersebut membincangkan hala tuju pengusaha tanaman untuk mengembangkan perniagaan berdasarkan pertanian. Selain itu, mereka juga turut didedahkan dengan penggunaan komputer dan bentuk pemasaran melalui sosial media oleh staff NADI Kg. Quop.

Mesyuarat yang dihadiri seramai 5 orang ahli Unit Peladang kampung Quop turut menyatakan hasrat untuk belajar cara untuk memasarkan produk mereka melalui kaedah pemasaran di sosial media. Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam tersebut telah berakhir pada pukul 1700.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali